
SELAMAT DATANG
ようこそ
(YOUKOSO)
POSTER PERTANDINGAN


INFO PROGRAM
Bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-40 Dasar Pandang Ke Timur pada tahun ini, Malaysia-Japan Research Centre (MJRC), Universiti Malaya dengan kerjasama Kelab Bahasa dan Budaya Jepun, Pusat Asasi Sains, Universiti Malaya berbesar hati menganjurkan Pertandingan Menulis Puisi Tanka – MJRC短歌コンクール. Pertandingan yang menyeronokkan ini berpandukan pada ciri-ciri penulisan Puisi Tanka Jepun yang mempunyai satu rangkap dan lima baris dalam kiraan 5-7-5-7-7 suku kata. Tanka merupakan puisi pendek yang telah mula berkembang di negara Jepun sejak abad ketujuh. Tanka menceritakan tentang alam, musim, cinta, kesedihan, dan emosi kuat yang lain. Pertandingan ini dapat memperkenalkan kesenian serta sastera dan budaya indah Jepun kepada masyarakat Malaysia, yang dizahirkan dalam Bahasa Jepun dan Bahasa Melayu. Terdapat ENAM kategori kesemuanya, dengan TIGA kategori dalam Bahasa Jepun dan TIGA kategori dalam Bahasa Melayu. TIGA kategori tersebut adalah Kategori ‘Sekolah Menengah’, ‘Universiti’ dan ‘Terbuka’. Hadiah lumayan beserta Sijil Penghargaan menanti lima orang pemenang bagi setiap kategori, manakala Sijil Penyertaan akan diberikan kepada setiap peserta yang layak.
Sertailah pertandingan ini untuk berkongsi karya puisi kreatif dalam tema bebas di samping berpeluang menjadi salah seorang pemenang bertuah!

KATEGORI PERTANDINGAN
PUISI TANKA BAHASA JEPUN
TIGA KATEGORI:
A. SEKOLAH MENENGAH ( TINGKATAN 1-5)
B. UNIVERSITI ( TERMASUK KURSUS PERSEDIAAN: KOLEJ MATRIKULASI, ASASI DAN TINGKATAN 6)
C. TERBUKA
PUISI TANKA BAHASA MELAYU
TIGA KATEGORI:
A. SEKOLAH MENENGAH ( TINGKATAN 1-5)
B. UNIVERSITI ( TERMASUK KURSUS PERSEDIAAN: KOLEJ MATRIKULASI, ASASI DAN TINGKATAN 6)
C. TERBUKA

TENTATIF PERTANDINGAN
15 Februari 2022
- Pendaftaran dan penghantaran karya Puisi Tanka dibuka.
15 Mac 2022
- Pendaftaran dan penghantaran karya Puisi Tanka ditutup.
16 Mac - 22 Mac 2022
- Penjurian Puisi Tanka.
23 Mac 2022
- Pengumuman pemenang
27 Mac 2022
- Penyampaian sijil dan hadiah.
Untuk makluman semua:
Pihak penganjur mengucapkan ribuan terima kasih atas penghantaran penyertaan dan sokongan yang diberikan untuk Pertandingan Menulis Puisi Tanka ini.
Mohon maaf, disebabkan penyertaan yang banyak, proses penjurian terpaksa mengambil sedikit masa lagi.
Keputusan akan diumumkan pada hari Ahad ini (27 Mac 2022) di laman web Kelab Bahasa dan Budaya Jepun, Pusat Asasi Sains, Universiti Malaya (KBBJ PASUM).
Terima kasih!




SYARAT PENYERTAAN
-
Karya puisi tanka perlu dihantar bermula dari 15 Februari sehingga 15 Mac 2022
-
Karya puisi tanka perlu dihantar dalam format PDF
-
Penghantaran karya puisi tanka perlu dibuat menerusi Google Form
-
Penyertaan terbuka kepada waraganegara Malaysia berusia 13 tahun dan ke atas
-
Terdapat tiga kategori untuk Bahasa Jepun dan Bahasa Melayu iaitu:
-
A. Pelajar sekolah menengah (Tingkatan 1-5 )
-
B. Pelajar universiti ( termasuk kursus persediaan: Kolej Matrikulasi, Asasi dan Tingkatan 6)
-
C. Terbuka
-
-
Karya puisi tanka mestilah karya asli ciptaan peserta dan tidak pernah meyertai mana-mana pertandingan atau tidak pernah diterbitkan
-
Mana-mana karya puisi tanka yang didapati plagiat akan dibatalkan penyertaan
-
Setiap peserta hanya dibenarkan menghantar maksima 2 karya sahaja untuk setiap kategori.
-
Pemenang akan diumumkan menerusi laman web Kelab Bahasa Jepun PASUM pada 27 Mac 2022


HADIAH PEMENANG
UNTUK SETIAP KATEGORI:
TEMPAT PERTAMA
Baucar bernilai RM 300 + Sijil penghargaan
TEMPAT KEDUA
Baucar bernilai RM 250 + Sijil penghargaan
TEMPAT KETIGA
Baucar bernilai RM 200 + Sijil penghargaan
TEMPAT KEEMPAT
Baucar bernilai RM 150 + Sijil penghargaan
TEMPAT KELIMA
Baucar bernilai RM 100 + Sijil penghargaan
*Semua peserta yang layak akan menerima sijil penyertaan
