Presiden KBBJ Ainura Musaeva Talaibek dan seorang pelajar RPKJ Tahun 2 telah terpilih sebagai 2 daripada 5 pemenang pertandingan mencipta puisi Jepun 'tanka' bahagian penyertaan luar negara dan Pusat Persediaan Bahasa Jepun anjuran Toyo University, Jepun. Terdapat banyak penyertaan pelajar asing dari pelbagai negara dan Pusat Persediaan Bahasa Jepun di Jepun.
Daripada 14 wakil penyertaan dari Malaysia, puisi mereka berdua terpilih sebagai pemenang dan mengharumkan nama PASUM serta Universiti Malaya. Syabas dan tahniah diucapkan.

Comentários